MEMEGANG watak utama dalam filem Mat Kilau, pelakon Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran paling mahal.
Memetik Iaporan media, bagaimanapun Adi lebih selesa mengunci mulut untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima.
Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik siniย
“Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih”.
“Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya..? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, ditanya mengenai isu kutipan cukai hiburan yang sedang hangat diperkatakan, Adi berkata mereka yang layak bersuara adalah penerbit filem.
“Tinggi atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya lebih baik kita naratif dari sudut positif”.
“Ia supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan. Kr1tikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum”.
“Tapi itulah yang kita inginยญkan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Adi berkata beliau turut teruja jika benar sekual filem Mat Kilau akan dihasilkan serta menyerahkan perkara itu kepada pihak penerbit.
“Kalaulah ada, Alhamdulillah. Saya serahkan kepada penerbit. Saya ini cuma barisan pelakon saja. Kita sama-sama doakan andai benar ada sekuel” katanya.
Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network
sumber : RotiKaya