𝗙𝗮𝘁𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗺𝗶𝗻 Titip Rasa Syukur 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 Berkenan Berangkat Mencemar Duli Untuk Menonton Filem Mat Kilau

FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini telah mencetvskan fenomena selepas berjaya mencatat kutipan sebanyak RM47 juta hanya dalam masa 11 hari ditayangkan di pawagam.

Filem arahan Syamsul Yusof itu bukan sahaja menarik perhatian ramai malah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir untuk menonton filem biografi epik itu di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik sini

Titip Rasa Syukur Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau

Apa yang mencori perhatian adalah saIah seorang pelakon filem Mat Kilau yang memegang watak sebagai Awang iaitu Fattah Amin dan isterinya, Fazura turut mengiringi DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang berangkat mencemar duli menonton filem berkenaan.

“Alhamdulillah, Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli untuk menonton filem Mat Kilau”. Tulis Fattah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

“Beta Memandang Serius Terhadap Gejala Perpecahan Di Kalangan Orang Melayu”

Sementara itu, Baginda Tuanku Sultan menerusi kenyataan di Facebook turut menyentuh mengenai perpecahan di kalangan orang melayu terutama pemimpin politik Melayu.

“Beta memandang serios terhadap gejaIa perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbaIahan orang Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan poIitik di Negara kita”.

“Beta tak berhasrat untuk mencampuri urusan poIitik dan pentadbiran negara. Walaubagaimanapun, Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetuIkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan peimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini”. Titah Baginda.

Info tambahan, filem Mat Kilau yang menelan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, A.Galak, Namron, Ellie Suriaty, Khir Rahman serta pelakon dari seberang yang telah mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Murai MY

Harap Maaf