“๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—Ÿ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ” Sebagai Tanda Berterima Kasih Pemandu Ini Terima Pujian Netizen

SELAIN negara, lain cara pengguna jalan raya memberikan isyarat berterima kasih kepada kenderaan lain. Jika di Jepun, pengguna jalan raya akan mengelipkan hazard light, manakala di Malaysia pula kita automatik akan mengangkat tangan sebagai isyarat berterima kasih.

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Namun baru-baru ini seorang lelaki langsung tak menyangka merakam seorang pemandu memberikan “extra” dalam isyarat berterima kasihnya. Dalam rakaman video dashcam berdurasi 26 saat itu, Mohd Ridzuan telah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta di sekitar Bangsar untuk memberi laluan kepada pengguna jalan raya lain.

Semasa sebuah MPV melalui di hadapannya, pemandu kereta itu membuka tingkap mengangkat tangan lalu memberikannya “mini love” kepadanya.

Kejdian itu sememangnya mencuit hati netizen. Mana taknya, selepas mengangkat tangan secara t1ba-t1ba pemandu itu membuat isyarat tangan comel itu yang dipopularkan oleh artis K-POP yang kini menjadi ikutan dunia.

Ramai menyatakan beruntung betul kedua-dua pihak saling berjumpa pada waktu itu kerana seorang sangat bertolak-ansur, manakala seorang lagi pula “membalas budi” dengan memberikan isyarat berterima kasih yang menyenangkan hati ramai.

“Harap perempuanlah, kalau lelaki mohon tarik balik mini love segera” seloroh pemilik dashcam berkenaan.

“Nampak saiz tangan macam milik seorang lelaki. Namun lihat pada saiz kenderaan yang dipandu, tidak mustahil pemandu itu sudah berkeluarga. Hat1-hat1 itu bang” jawap pula orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai memuji sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemandu dan berharap sikap sebegitu dapat diterapkan pengguna jalan raya lain juga.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : vocket

Harap Maaf