𝗡𝘂𝗿 𝗙𝗮𝘇𝘂𝗿𝗮 Seronok Menjadi Seorang Peniaga Di Pasar Siti Khadijah

PELAKON dan usahawan, Nur Fazura berjaya merealisasikan impian peribadi untuk bergelar peniaga ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik sini

Menerusi perkongsian di YouTube MyFazura, dia berkongsi pengalaman menjual sayur-sayuran segar di salah satu kedai yang dikunjungi.

“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual (berniaga)”.

“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu” katanya.

Dalam hantaran video berkonsepkan realiti berjudul Fazura ke Pantai Timur yang dilancarkan dua hari lalu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkngsi perjalanannya ke rumah juru mekap peribadinya bagi merasai pengalaman menyambut Aidiladha di Kelantan.

Lebih mengujakan, video berdurasi 26 minit itu turut menyaksikan perjalanan Fazura melakukan beberapa aktiviti menarik di negeri itu.

Antaranya mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman serta Pulau Nami yang terkenal dengan kecantikan pokok rhu serta menyantuni beberapa keluarga susah di sana.

Selain itu, Fazura turut mengambil peluang menyaksikan persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut.

Antara komen Netizen :

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Harian Metro

Harap Maaf