𝗩𝗮𝗻𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻 SeIamat BergeIar Isteri Kepada Jurutera

TAHNIAH diucapkan kepada aktres Vanidah Imran yang selamat bergelar isteri kepada suami tercinta, Arifabillah Idris kira-kira jam 12.12 tengahari tadi dengan sekali lafaz.

Vanidah, 49, memilih jurutera berusia 43 tahun sebagai imamnya.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah C3rai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.

Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik sini

Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat itu, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini dan solekan Syed Faizal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan sesuatu yang mudah namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.

Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.

“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika”.

“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat” ujarnya lagi.

Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.

Jelas Vanidah, dia dan suaminya berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru persefahaman lebih mudah dicapai.

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata”.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Vee (@vanidah_imran)

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Media Hiburan

Harap Maaf