๐—ช๐—ฎ๐—ป๐˜† ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ & Suami Kembali Berjauhan

PENYANYI popular, Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selepas sebulan berkahwin.

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿปย siniย ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Wany, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa”.

“Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila”.

“Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, peluang nak bersama kurang. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua” katanya kepada media.

Dalam masa sama, Wany berkata dia belum lagi ditanya mengenai soal cahaya mata selain masih mendapat ucapan tahniah atas perkahwinan yang dibina.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata. Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin”.

“Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang. Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, ‘common sense’ itu perlu pada setiap orang” katanya.

Terdahulu Wany ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Wany dan suami yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak bernikah pada 22 Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah dan Wani Syaz.

“Saya ada satu lagi projek bersama Datuk Jamal yang mana kami menyanyikan lagu lama. Lagu ini pun dinyanyikan bagi memenuhi permintaan FMC Music. Seterusnya saya akan merakamkan single duet dengan Wani Syaz”.

“Dalam masa sama saya juga sedang mencari komposer untuk menghasilkan single solo” katanya.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

sumber : Harian Metro

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf