5 Cara Tangani Bos Dari Neraka Sebelum Dapat Kerja Baru!

Sebagai seorang pekerja, memang kita lali dengan perangai bos yang buat boleh darah naik setiap hari. Tetapi, memandangkan kita bukanlah keturunan kaya yang boleh hidup tanpa gaji, terpaksalah melayan. Paling tidak pun, mengumpat bersama rakan-rakan pejabat sahaja.

Jadi, ini tips daripada laman berita CNBC untuk anda berdepan dengan bos dari neraka sebelum anda dapat kerja baru. Yerlah, kebanyakan kita bukan orang senang yang boleh berhenti kerja notis 24 jam.

Sebagai seorang pekerja, memang kita lali dengan perangai bos yang buat boleh darah naik setiap hari. Tetapi, memandangkan kita bukanlah keturunan kaya yang boleh hidup tanpa gaji, terpaksalah melayan. Paling tidak pun, mengumpat bersama rakan-rakan pejabat sahaja.

Jadi, ini tips daripada laman berita CNBC untuk anda berdepan dengan bos dari neraka sebelum anda dapat kerja baru. Yerlah, kebanyakan kita bukan orang senang yang boleh berhenti kerja notis 24 jam.

1- Bos suka buat pekerja takut dan resah.

Bos yang suka cari kesalahan dan hukum pekerja, kadang-kadang kesilapan kecil dapat hukuman tak sepadan, memang dibenci umat pekerja. Bos jenis ini sebenarnya tak sedar persekitaran kerja takut hendak buat keputusan sebenarnya tak berapa elok untuk syarikat. Malah, kajian membuktikan ia menghalang proses membuat keputusan yang baik.

Bagaimana hendak atasi?
Kenal pasti ketakutan dan kelemahan anda, dan pastikan anda dapat kawal skop kerja anda. Jangan memandai-mandai. Biarkan bos buat semua keputusan sampai dia bosan.

2- Bos buat otak penat

Kita akan memang akan penat otak bila bekerja dengan bos dari neraka. Semua tak boleh, semua dia betul dan macam-macam lagi. Penat otak ni sebenarnya boleh kurangkan produktiviti kerja.

Penawarnya?

Tunggu gaji masuk sahaja, habis waktu kerja jangan buat kerja lagi. Anda pernah dapat bos begini?

3- Bos jadikan kerja anda bosan.

Disebabkan bos perangai dari neraka, kita memang akan bosan dengan kerja kita. Malah, boleh buat kita tak bersemangat nak pergi kerja dan tak peduli dengan hasil kerja. Tapi, nak buat macam mana, bos tak sedar yang dia sebenarnya punca pekerja bosan.

Apa boleh buat?

Cari aktiviti luar waktu kerja yang menyeronokkan. Sementara hendak bertukar kerja, pastikan anda sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti luar yang terus membuatkan anda bersemangat. Barulah seronok sikit fikir lepas habis kerja, boleh buat aktiviti lain.

4- Bos kacau waktu tidur

Sesiapa yang bekerja tahu bagaimana bos memang suka kacau waktu luar kerja. Kadang-kadang email atau mesej masuk lepas kerja, buat anda penat dan berjaga sebab nak siapkan kerja. Sebelum anda sampai tahap boleh “tutup handphone selepas kerja” amalkan tabiat ini.

Apa hendak buat?

Pastikan anda dapat tidur berkualiti- 10 minit tidur waktu makan tengahari atau tutup telefon kerja waktu hujung minggu.

5- Bos buat hidup anda sunyi

Disebabkan bos suka bagi kerja banyak, kadang-kadang kita tiada masa bersuka-ria dengan keluarga dan kawan-kawan. Benda ini boleh buat hidup sunyi.

Cara atasi.

Pastikan anda ada hubungan baik dengan rakan sekerja. Selalunya, bila bos dari neraka wujud, hubungan dengan rakan sepejabat lebih erat sebab masing-masing perlu meluah perasaan.

Harap Maaf