Abang Roti Canai 50 Sen Masih KekaIkan Harga Lama

SELAGI saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga giIa” itu kata peniaga roti canai Mustafa Abd Latif.

Mustafa 58, berkata, walaupun berdepan ctuasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.

Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.

“Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa”.

“Niat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki” katanya ketika ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.

Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana b1mbang dia tak mampu menanggung kos.

“Bagi saya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah”.

“Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati” katanya.

Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.

“Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tak tiada tepung”.

“Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut” katanya.

Mengulas lanjut, dia berkata, pihak berkaitan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malah pengguna turut terkesan apabila berIaku kenaikan harga.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf