Achey selesaikan hut4ng kerja arwh Abam

SHAH ALAM: Pemergian Allahy4rham Abam masih membekas di hati, meskipun sudah hampir enam bulan ahli kumpulan Bocey itu kembali ke negeri abadi.

Ini terbukti apabila pelawak dan penyanyi, Achey tersentak serta terdiam seketika apabila ditanya mengenai perkembangan kumpulannya itu.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkata, hingga kini, ingatannya pada arwh masih kuat.

“Saya ada melawat kubur arwh selepas mendapat keizinan. Hanya saya seorang sahaja dapat masuk, itu sebab saya tak muat naik video.

“Saya sering berulang alik ke Raub, Pahang, jadi saya selalunya singgah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu untuk melawat kubur arwh. Jujurnya, pemergian arwh meninggalkan kesedihan mendalam buat saya dan Fad.

“Setiap kali saya dan Fad berjumpa, kami akan sedekahkan al-Fatihah dahulu pada arwh, kemudian barulah kami berbincang mengenai perjalanan Bocey.

“Apabila bercerita, pasti mengimbau kenangan bersama arwh. Nama arwh sering di bibir kami. Jadi, tak banyak yang saya minta, terus berdoa untuk arwh,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perkembangan Bocey, Achey dan Fad kini sedang berusaha untuk mewujudkan saluran YouTube dan Facebook.

“Fad sedang membangunkan saluran YouTube. Dalam masa sama, kami merangka perjalanan dan pengisian dalam saluran berkenaan. Menerusi program yang dirancang, ada bahagian untuk arwh dan disalurkan buat keluarganya.

“Insya-Allah, ada penyokong atau tidak, kami akan meneruskan perjuangan Bocey,” katanya.

Selain itu, Achey turut menunaikan janji untuk menyempurnakan kerja arwh yang tergendala secara sukarela dan percuma.

“Ada dua ‘review’ menerusi laman Instagram yang dilakukan bagi pihak arwh. Ia membabitkan produk kurus yang kurang sesuai untuk saya, memandangkan saya sememangnya kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi.

“Satu lagi membabit produk minuman dan saya dapat maklum balas yang baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya memadamkan entri kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya rasa puas dapat membantu dan memberi impak pada peniaga,” katanya.

Achey berkata, dia tidak lupa membantu balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang kini menanggung cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun sebulan.

“Saya dan isteri akan berhubung dengan Nurhidayah, setiap minggu. Ada kala saya akan menyertai sesi live yang dilakukan untuk menjadikan perniagaannya mendapat perhatian.

“Sekarang, Nurhidayah berniaga cempedak goreng, durian dan buah-buahan. Saya akan bantu apa yang boleh dibantu dari segi promosi.

“Bagaimanapun, saya tidak hanya mengambil berat mengenai isteri dan anak, malah sering menghubungi keluarga arwh seperti ibu serta adiknya, Ali Puteh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nabil X SugarBomb X Achey di Ruang, Shah Alam, di sini, semalam.

Achey bersama Nabil Ahmad bekerjasama dengan SugarBomb mengeluarkan produk pewangi kereta dan minyak wangi. Selain itu, mereka juga dilantik sebagai duta produk.

Dalam perkembangan lain, Achey akan mengeluarkan single terbaharu berjudul Sembuh.

“Saya rancang mengeluarkan tiga single untuk mencukupkan lagu dalam sebuah album, tahun ini. Jadi, single seterusnya berjudul Sembuh adalah kesinambungan daripada lagu Sakit.

“Insya-Allah, single Sembuh akan diperdengarkan dalam bulan hadapan,” katanya.

Selepas muncul dengan single Yang Terindah, Makcik Bawang dan Anak, Achey tampil dengan single Sakit, hasil ciptaannya bersama Shouk Azis pada Disember tahun lalu. Hingga kini, video muzik Sakit berjaya mengutip 22 juta tontonan di YouTube.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BH via TrendingGiler

Harap Maaf