Ada Racun Berjadual, Minuman Kurus Pelakon Terkenal Ini Diharamkan?

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Singapura memaklumkan pihaknya telah mengharamkan salah satu produk kurus dari Malaysia milik pelakon Shaheizy Sam.

Produk Freaky Fitz membuat “dakwaan berlebih-lebihan” bahawa ia dapat membantu para pengguna mengurangkan berat badan “dalam masa beberapa hari”.

 

Freaky Fitz dipromosikan sebagai minuman pelangsing mengandungi bahan-bahan asli yang didakwa dapat memberikan “hasil pelangsingan cepat” dan membakar lemak tanpa perlu diet atau bersenam.

Kredit Foto – Mediacorp

Produk minuman berperisa Teh Limau Markisa ini didakwa diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari.

HSA mendapati produk itu mengandungi bahan sibutramin, ubat preskripsi yang dilarang di Singapura sejak 2010 kerana menyebabkan risiko mendapat serangan jantung dan angin ahmar.

Produk itu diiklankan sebagai “selamat untuk dimakan” dan mempunyai tanda piawai pensijilan palsu dan dijual menerusi platform e-dagang tempatan seperti Shopee, Carousell, Lazada dan Qoo10.

Memetik laporanĀ Mediacorp, HSA juga menasihatkan para pengguna supaya berhenti mengambil produk Freaky Fitz dengan serta-merta dan memberi amaran kepada mereka supaya jangan mengambil produk yang menjanjikan hasil cepat dan menakjubkan melalui iklan mereka.

Dalam pada itu, pihak Freaky Fitz menerusi Instagram mereka menafikan perkara tersebut.

 

“Pihak HQ memohon maaf di atas kekeliruan isu yang sedang berlaku . KAMI SEKERAS-KERASNYA MENAFIKAN PENGGUNAAN BAHAN TERLARANG (SIBUTRAMIN) di dalam product FREAKYFITZ. Segala maklumat lanjut sila hubungi pihak HQ , Master stokis dan stokis berhampiran anda.

NOTA: Sila hentikan segera sebarang pembelian melalui shoppe, corousell , lazada dan lain-lain. Pihak HQ TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang pembelian di platfom-platfom tersebut.

Sebenarnya, tiada jalan singkat untuk kurus dan sihat. Makanlah makanan seimbang serta jalani gaya hidup aktif untuk kekal langsing dan bertenaga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cari

Harap Maaf