Aedy Ashraf Ketuai Pasukan Bola Skuad B-23 Tahun Negara

PEMAIN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Aiman Afif Md Afizul menganggap pelantikan selaku ketua pasukan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara sebagai satu tanggungjawab besar dan amanah yang harus dipikul.

Aiman yang memiliki wajah mirip pelakon Aedy Ashraf yang popular dengan drama bersiri TV3, Budak Tebing mengakui aksi pertama mnntang Myanmar dalam Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 di Kemboja pada petang esok bukan mudah.

Katanya, lawan memiliki kelebihan dari segi kelajuan dan dia menuntut agar rakan sepasukan memberi fokus 100 peratus dalam aksi itu.

“Kami tidak boleh ambil mudah aksi pertama dan semua pemain kena berikan 100 peratus. Untuk saya, tugasan sebagai ketua pasukan adalah tanggungjawab besar khususnya untuk mengetuai pasukan pada kempen kali ini”.

“Saya belum pernah menentang Myanmar tetapi kita tahu kualiti yang mereka ada. Mereka cukup laju, jadi kita kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Selepas aksi dengan Myanmar petang esok, skuad kebangsaan meneruskan aksi Kumpulan B menentang Laos Jumaat ini, dengan kedua-dua perlawanan membbitkan Malaysia di Stadium Prince, Phnom Penh.

Juara dari setiap tiga kumpulan akan mara ke separuh akhir, dengan satu lagi slot akan diberikan kepada naib juara terbaik daripada tiga kumpulan terbbit.

Untuk rekod, juara bertahan Indonesia terpksa mnarik diri selepas beberapa pemainnya disahkan pst1f C-19 sekali gus membuka peluang buat pasukan lain mer4mpas trofi berkenaan.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf