Aksi Lelaki Ini Ajar Masak Ayam Geprek Guna Ayat Merapu Ini Jadi Fenomena

TIDAK dinafikan, media sosial merupakan platform terbaik untuk kita berkongsi ilmu tidak kiralah topik apa sekali pun

Pada awalnya, mungkin kita hanya memuat naik video sebagai suka-suka saja. Namun, siapa sangka jika konten itu menarik, ia boleh menjadi viraI di seluruh negara.

Sama seperti sebuah video seorang lelaki dari Indonesia ini apabila dia mengajar cara untuk memasak ayam geprek telah mencori tumpuan ramai gara-gara ayat peIik yang digunakannya.

Guna ayat pelik semasa mengajar cara memasak, tak pasal-pasal jadi fenomena sampai ke Malaysia

Menerusi perkongsian video daripada @arief_why1, kelihatan lelaki itu sedang mengajar cara untuk memasak ayam geprek kepada pengikutnya di TikTok.

Apa yang mencori tumpuan ramai adalah apabila dia menggunakan ayat peIik seperti “ayam dipocong-pocong”, “gayam secukup rasa”, “tepung gantung” dan sebagainya.

“Terhibur dengar penerangan siap ada tazkirah” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M tontonan, 100K tanda suka di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang menggunakan dialog merapu semasa berkongsi resepi tetapi mesejnya tetap sampai.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok  :

Sedap pula tengok ayam geprek dia, kecur air liur..!

sumber : Says.

Harap Maaf