Alhamdulillah Anak Ini Sempat Tunaikan Hajat Ibunya Sebelum MeninggaI Dunia

BAGI ibu bapa yang berusia, mereka pasti berhasrat untuk melihat anak kesayangan bahagia dengan mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati sebelum mereka ‘pergi’ selama-lamanya.

S1tuasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang lelaki ini apabila sempat menunaikan hajat arwah ibu untuk melihat dirinya berkahwin pada 9 Julai lalu dipercayai di Sibu, Sarawak.

Menerusi platform TikTok, Fidarus Ramli berkongsi sebuah video memaparkan dia dan isterinya Mira Mariana yang lengkap busana pernikahan mendekati ibunya yang sedang terlantar sak1t.

“Ya Allah, mak pernah cakap harap panjang umur nak tengok anaknya kahwin. Alhamdulillah, mak sempat tengok kami kahwin. Al-Fatihah,” tulis anggota tentera itu yang dipanggil sebagai Daus.

Pasangan itu kelihatan mengesat air mata, sebak melihat s1tuasi ibu mereka yang terbaring sambil melelapkan mata dan tidak mahu berkata-kata.

Namun Allah SWT lebih menyayangi ibunya apabila ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas pasangan itu berkahwin. Bagaimanapun, tidak dikongsi mengenai punca ibunya meninggaI dunia.

Posting oleh kakak Daus

Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata turut sebak melihat momen berkenaan selain berkongsi pengalaman masing-masing serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Tak kuat aku macam ni

Al-Fatihah buat arwah ibunya…

Harap ibu sempat tengok aku kahwin!

Mak tak sempat tengok saya kahwin…

Terima Kasih sumber ; OhMyMedia

Harap Maaf