Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8

ALIFF Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebenar tadi.

Aliff yang membawa persembahan lagu Sampai Syurga dan Dealova itu mengetepikan saingan seperti Nikki, Azan Scan, Adibah Noor, Aweera dan Suki.

Kemenangan tersebut melayakkan penyanyi berusia 31 tahun tahun itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara dimenangi oleh Nikki Palikat, tempat ketiga pula disandang Suki Low.

Adibah Noor menduduki di tempat keempat, Azan Scan di tempat kelima, manakala Aweera pula hanya berada di tempat keenam.

Persembahan akhir itu diadili oleh juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow selaku juri jemputan.

Bertemakan “Akhirnya Kini Pasti”, program akhir itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain dimeriahkan dengan persembahan daripada bekas peserta GV8 iaitu Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk, Shidee, Ani Maiyuni, Nico G dan SaYa.

sumber : Facebook

Harap Maaf