Amyza Aznan Kritik Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri tak puas hati bila lagu-lagunya langsung tak tercalon dalan Anugerah Juara Lagu.

Katanya semua karyanya bagus, ditambah pula suaranya merdu persis Anuar Zain.

Disebabkan itu ramailah yang bagi reaksi bercampur-baur termasuklah Amyza Aznan.

Aktres ini meluat dengan Aliff dan mendakwa dia tak habis-habis cuba ‘menceroboh’ industri seni.


Lebih baik fokus sahaja dengan perniagaan sebab memang dah terbukti dia tiada bakat dalam nyanyian atau lakonan.

Bagaimanapun, situasi menjadi lebih panas bila pembantu peribadi Aliff masuk campur.

Baca:

Amyza kata memanglah Aliff kaya raya tapi janganlah cuba cemari industri seni.

 

View this post on Instagram

 

Tak reti bahasa. Lps tu spin. Sama naik dgn p.a dia. Tak payah nak cakap youtube channel aku takde org tengok.kau nak kata viewers aku tak berjuta. Soccay!!tapi aku tak malu nk upload kat channel aku sbb tu content anak aku menyanyi and my son , A Way better than yr boss si belut letrik tu!! Aku tak jual aib org untuk view and i don’t sell cheapskate contents for living!! Ala abg belut letrik ni,dah kita ckp… nak nyanyi ,menyanyi lah,kita tak kisah pon,takde sapa kisah pon,ramai je yg minat menyanyi. Tapi abg belut letrik ni, mintak diiktiraf di peringkat AJL.yg kami x faham kenapa cuba nak mengganggu masuk campur dlm urusan AJL. mereka bukan juri karaoke,bukan juri pertandingan peringkat tadika . AJL adalah acara berprestij yg terdiri drpd org2 yg pakar dlm bidang mereka. Siapa dia untuk mempersoalkan pertandingan besar seperti AJL? dan bg saya if dia nk ckp suara dia sama sedap macam anuar zin ke,faizal tahir ke ,ernie zakri ke,terpulang. Dia nak ckp suara dia macam mariah carey taraf nya pon saya terhibur!! Tapi bila menyentuh bab kerjaya, bidang kerja org lain seperti AJL ,this is too much. mmg dia kaya raya tetapi jangan lah semua pon dia nak tibai sama rata. Bisnes dan industry seni satu bidang yg sngt2 jauh berbeza.

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Tambah Amyza, seharusnya Aliff menerima kritikan dan hakikat bahawa dirinya bukan penyanyi yang hebat.

Harap Maaf