Asbab Leka Main Telefon, Reaksi Pelajar Setelah Nampak Cikgu Bikin Terhibur

SELALUNYA kalau di sekolah, pasti akan ada cikgu yang garang dan yang cukup sempoi melayan kerenah para pelajar. Sama macam s1tuasi yang dikongsikan ini apabila seorang cikgu sengaja mengusik pelajarnya yang sedang leka bermain telefon di dalam kelas.

Reaksi pelajar tersebut yang akhirnya tersedar dengan apa yang berlaku turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah video tersebut juga kini tular dikongsikan dengan lebih 16 juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang pelajar yang sedang leka bermain telefon semasa berada di dalam kelas. Dalam masa yang sama, seorang cikgu sedang berdiri di hadapan pelajar tersebut namun langsung tidak disedarinya.

Sebaik sahaja pelajar itu meletakkan telefonnya, barulah dia tersedar rupa-rupanya cikgu tersebut sedang memerhatikan gelagatnya. Lebih melucukan, reaksinya yang terkejut sehingga melompat dari kerusinya itu turut membuatkan rakan-rakan yang lain ketawa melihatnya.

Malah lelaki itu akhirnya terduduk di lantai gara-gara menahan rasa terkejutnya itu. Melihatkan reaksinya ini, netizen turut berseloroh mujur juga pelajar tersebut tidak pengsan di situ selepas melihat kemunculan cikgunya ini.

Video Asal :

 

Meninjau di ruangan komen, netizen juga turut sama berdekah melihat reaksinya ini. Malah ada yang memberitahu di setiap sekolah pastinya akan ada seorang cikgu yang suka mengusik pelajar mereka sama seperti yang dikongsikan ini.

“Cikgu memang suka datang senyap macam ni tachoddd.”

“Ulang-ulang tengok pun mesti ketawa.”

“Nasib baik tak kena sakit jantung.”

“Terus melutut kau.”

sumber : Himpunan Cerita Lawak

Harap Maaf