Azhan Rani Ucap Terima Kasih Pada Yang Bantu Ketika KmaIangan Tapii Lain Pula Pesanan Untuk Penyebab KmaIangan

AKTOR Beto Kusyairy semalam berkongsi di akaun Instagram beliau berkenaan keadaan pelakon Azhan Rani yang terIibat dalam satu kmaIangan pada Isnin.

Dalam perkongsian itu, beliau menyeru rakan-rakan artis dan wartawan untuk tidak menghubungi Azhan secara peribadi buat sementara. Beto berkata Azhan berada dalam keadaan stabil dan dalam jagaan pakar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Pagi tadi, Azhan Rani menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa bersyukur kerana terselamat dalam kemaIangan itu dan masih diizinkan Allah untuk terus bernafas.

Sebelum kemaIangan, Azhan dikatakan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sebelum berIanggar dengan sebuah motosikal.

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon, Beto Kusyairi dan isterinya, Tisha Shahar yang banyak membantunya selepas dia terbabit dalam kemaIangan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Doktor kata tulang “scapula” (belikat) saya pecah tetapi dua insan hebat ini menjadi tulang belakang saya untuk terus berdiri. Dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Ilahi buatku.”

“Terima kasih sahabat Beto Kusyairi dan Tisha Shahar serta sahabat-sahabat lain yang tidak henti-henti bertanya khabar. Moga syurga menunggu buat kalian di sana nanti. Terima kasih juga di atas ingatan dan doa-doa semua. Ampun maaf tidak dapat hendak jawab dan membalas semuanya. Insya-Allah, saya akan okay atas izin Allah SWT. Alhamdulillah,” tulisnya pada hantaran di Instagram.

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang membantunya pada hari kejdian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Kepada Muhammad Firdaus dan sesiapa yang membantu pada hari kejdian sekitar jam 12.30 tengah hari, semoga Allah SWT merahmati kalian. Terima kasih juga kepada dua pemandu lori yang berjaya menghentikan lori dan tidak melanggar saya,” katanya.

“Buat dua adik yang menaiki motor kapcai tengah bersembang tidak memandang depan dan masuk “lane” (lorong) saya secara tiba-tiba, semoga kamu berdua tidak apa-apa. Maaf, saya naikkan suara ketika dalam ambulans hari itu.”

“Mohon jangan membawa motor dengan cara membhayakan begitu lagi. Kita sama-sama syukur Allah SWT bagi kita peluang untuk hidup lagi. Maaf juga buat motor awak hancur,” katanya.

Di ruangan komen gambar tersebut, ada seorang pengguna Instagram yang berkata salah seorang pemuda yang terlibat dalam kemaIangan tersebut adalah anak buahnya. Dia kini berada di hospitaI menanti pembdahan untuk tumit dan jari kelingkingnya yang terkuyak dan hancur.

“Harap dapat ajar dia cara-cara bawa motor dengan betul dan tak bahayakan orang,” jawab Azhan tegas membalas komen tersebut. Semoga diberi kesembuhan kepada mereka yang terlibat dalam kmaIangan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

sumber : vocket

Harap Maaf