Baby Baru Lahir Tapi Ibu Bangga Suap Makanan Kepada Baby..!

MENJADI ibu bapa buat kali pertama merupakan tugasan yang agak mencabar kerana masih tiada pengalaman sebelum-sebelum ini. Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mereka haruslah tahu apa yang perlu dilakukan sepanjang menjaga baby baru lahir.

Tidak semua perkara boleh dilakukan sesuka hati kerana bayi yang baru lahir mempunyai badan yang kecil, kulit sensitif dan tidak sesuai menerima sebarang makanan selain susu ibu.

BABY BARU LAHIR TAPI IBU BANGGA TERUS SUAP MAKANAN

Namun, lain pula dengan s1tuasi yang kecoh di media sosial apabila seorang ibu dengan bangganya memuat naik satu video dan menunjuk dia sedang menyuap bayi yang baru berusia beberapa hari itu. Jelas kelihatan dalam video tersebut, kulit bayi masih lagi kemerah-merahan tetapi terpaksa menerima makanan daripada ibunya itu.

Hal ini membuatkan netizen marah dengan tindakan ibu tersebut dan tanpa rasa bersalah si ibu memuat naik video dengan kapsyen mahu memberi aiskrim pula kepada bayinya dan meminta agar tiada kcaman daripada orang luar.

“Nanti mummy bagi makan aiskrim pulak. #Jangankecam #Sukahatiakulah,” tulisnya.

“ALLAHU, DAH LA MAIN SUMBAT JE…”

Video tersebut menerima 24,000 tontonan dan kesemua komen mengcam tindakan ibu itu kerana kasihan melihat keadaan bayi yang disuap secara paksa. Tambah mereka lagi, tindakan itu patut menerima tindakan pihak berkuasa agar dapat memberi pengajaran.

Ada juga yang turut menasihati ibu itu agar memberi makanan bersesuaian mengikut umur bayi dan mengkaji dengan lebih tentang pemakanan bayi.

sumber : Sirap Limau

Harap Maaf