Baju Kontinjen Malaysia Olimpik Tokyo DiKritik Teruk Oleh Selebriti Ini

CEF selebriti, Datuk Chef Wan tampil menyuarakan pandangan terhadap persalinan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo di Jepun kelmarin.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau melabelkan persalinan yang berkonsepkan pakaian tradisional Melayu itu serabut atau cacamarba serta kelihatan seperti badut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Di sini (gambar) nampak not bad tetapi semalam for the opening it look messy so cacamarba my first impression was ‘La tak menarik langsung?’
“OMG my mind said… why are they dressed like clown… kuning, merah those geometrical all over, semak! Tailoring work pun nampak tidak kemas and does look cheap looking,” katanya.

Pemilik nama Redzuawan Ismail itu berkata, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dimana boleh juga mengetengahkan baju tradisi kaum lain apatah lagi acara tersebut hanya berlangsung lima tahun sekali.

Selain itu, beliau juga berharap agar pereka berpengalaman dan berpengetahuan tampil menghasilkan persalinan seperti itu dan dinilai atau diundi sendiri oleh rakyat Malaysia sebelum ‘dipersembahkan’ di mata dunia.

“Anyway negara kita mcm2 culture dan budaya. Guna mcm2 baju kebangssan Negara kaum ethnic pun paling tidak satu dunia tengok mcm mana rupa nya. At least they say ….wow that Malaysia!


“So distinctive, so menyerlah. Ini tak habis2 dengan si Hang tu Hang ini! What is some of your opinion?
Am just curious to find out. Was it just my eyes playing trick on me or otherwise?.
“Hang Tuah Inspired? Tak sudah2 pusing2 situ jugak. I wished all prof and experienced designers bid to do this costume then voted by all Malaysians. The most voted get to represent the country,” ujarnya.

Bagaimanapun, cef berusia 63 tahun itu tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan atlet tanah air dalam berjuang mengharumkan nama negara.

“To all our juara sukan negara up there we only wished nothing but the best for them dan doa2 kan semuga semua selamat dan sihat2 selalu di dalam mengharumkan nama negara lagi.

“Very proud of their achievement and segala pengorbanan mereka berusaha gigih to make to the games.
Insyallah,” tambahnya.

Untuk makluman, rekaan persalinan tersebut adalah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam yang menyaksikan elemen corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf