Bapa mertua Marsha Milan meningg4l dunia disebabkan C0vid-19

TANGGAL 10 Syawal membawa perkhabaran dukacita buat pelakon dan penyanyi Milan Milan apabila bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu.

Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya

“Dukacita dimaklumkan bahawa bapa mertua tersayang telah kembali ke Rahmahtullah pada hari ini Sabtu bertarikh 22 Mei bersamaan 10 Syawal 1442H.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman,” katanya.

Instagram Marsha dipenuhi ucapan takziah daripada rakan artis.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga mertua Marsha mendedahkan Allahyarham meningg4l dunia akibat c0vid-19.

“Seorang yang seumpama bapa kepada saya telah pergi menghadap Ilahi disebabkan C0vid-19.

“Semoga Aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan redha dengan ujian yang sangaat berat ini.

“InsyaAllah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun. Kami akan sentiasa merinduimu baba, Al-Fatihah,” kata Sharnaaz.

 

Sharnaaz sudah menganggap Allahyarham seperti bapanya sendiri.

Allahyarham merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Marsha berkahwin dengan anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

SUMBER :MSTAR

Harap Maaf