Bayi 18 Bulan Belanja Skill Main Gitar “Tunning” Macam PRO !!!!!

BAKAT anak-anak sememangnya perlu ‘diteroka’ dan diasah sejak dari usia kecil lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Baru-baru ini, tuIar satu video di Facebook yang memaparkan seorang bayi yang sedang leka bermain gitar.

Dipercayai berusia 1 tahun lebih, bayi itu mengagumkan warganet di seluruh dunia kerana tingkahnya seperti seorang pemain gitar yang sudah pro walaupun masih lagi di usia yang sangat kecil.

Lebih melucukan, anak kecil itu sebenarnya masih lagi mengh1sap puting. Untuk mengekalkan gayanya yang ‘cool’, dia menyerahkan puting tersebut kepada bapanya dan terus memetik gitar.

Pandai tuning gitar

Dia juga dilihat mahir membetulkan tune gitar tersebut tanpa bantuan orang lain.

T1dak cuma itu, bayi itu juga ‘menyanyi’ mengikut rentak gitar tersebut.

Nampaknya, bakat yang diasah sejak dirinya kecil ini mungkin akan membawanya menjadi seorang pemain gitar atau pemuzik profesional di masa hadapan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakar yang ada pada bayi itu yang sudah pandai mengendalikan gitar.

Video berkenaan dipercayai dirakan kira-kira 8 tahun lepas, namun menjadi viraI semula baru-baru ini.

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf