Bekas Suami Rindu Makan Bersama Anak², Wanita Tunaikan permintaan

PENCERAlAN bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

Biarpun telah berp1sah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya.

Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

Bekas suami text, minta tolong masak

Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.

Rindu makan bersama anak²
Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka.

Di akh1r video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah.

Meninjau ke ruangan komen, t1ndakan wanita itu meraih pujian netizen kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Mungkin jodoh tak panjang tapi dia tetap ingat

Untung walau dah berp1sah masih boleh jumpa

Kongs1 pengalaman sama

Air tangan seorang isteri akan diingati sampai bila²

Tak semestinya dah berp1sah kena bermvsuh

Jodoh berkawan panjang, semoga terus berbaik demi anak

Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berp1sah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

sumber : OMM

Harap Maaf