“X masalahnya dia beli cash ke hutang ke apa masaIahnya kat korang…”

Memiliki sebuah rumah pastinya menjadi satu pengalaman yang membuatkan kebanyakan orang merasa teruja apatah lagi buat sesetengah yang memerlukan usaha lebih bagi mendapatkannya.

Kisah pelawak dan penyanyi, Achey sejak kelmarin ini juga menjadi perhatian warganet apabila ramai tumpang gembira melihat impian Achey bagi memiliki sebuah rumah tercapai.

Menerusi sumber, Achey bersyukur kerana 10 tahun impiannya mahu memiliki rumah tersebut tercapai dan memberitahu bahawa kini sedang dalam proses mengubahsuai.

“Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu! Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah.

“Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal… bukan beli tunai, masih lagi hutang bank!”

Merahsiakan harga rumah tersebut, Achey ada juga berkongsikan foto dilaman Instagram yang memaparkan hiasan dalam rumah barunya itu.

 

View this post on Instagram

 

Wahhh tahniah… rezeki keluarga tu! Nanti ajak lah min datang rumah baru ya Achey 😜 Artikel di IG Story #mstaronline

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Walau bagaimanapun menerusi laman Instagram mStar, ada juga yang dikatakan menyindir Achey gara-gara hal itu dengan disoal adakah rumah berkenaan hutang atau cash.

Lalu komen tersebut turut dibidas warganet kerana hal itu sepatutnya tidak disoal malah seharusnya tumpang bangga kerana boleh menjadikan kita lebih berusaha.

“Banyaknya yang dengki siap tanya cash ke? Cash ke hutang…”

“X masalahnya dia beli cash ke hutang ke apa masalahnya kat korang…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

 

Harap Maaf