Isytihar Kembali PKP, Bersediakah Rakyat Malaysia ?

MALAYSIA: Beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan peningkatan semula kes cov-19 di Malaysia. Ini membuatkan sebahagian warga maya sudah mula memperkatakan perkara ini kembali.

Ini lebih mengejutkan apabila KKM mengumumkan ada 4 kluster baru dilaporkan sehingga ke hari ini. Perkara ini adalah disebabkan oleh rakyat yang lupa dengan tanggungjawab mereka.

Mereka sudah merasa berpuas hati dengan kejayaan dan membuatkan mereka ini terus alpa dengan apa yang telah terjadi kepada negara sebelum ini. Dalam satu tulisan ringkas ketua pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan.

Dr Noor Hisham antara individu yang tidak henti-henti mengingatkan rakyat tengang kewajipan mematuhi prosedur operasi standard SOP. Beliau turut memaklumkan 3 dariapda indeks kluster baru adalah melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Walaupun mereka ini tidak mempunyai gejala dan disahkan negatif dalam saringan pertama, namun sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing telah disahkan positif cov-19.

Menurut Dr Noor Hisham dalam posting di facebooknya mengatakan inilah antara kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik oleh rakyat.

Isytihar Kembali PKP, Bersediakah Rakyat Malaysia ?

Timbul pula satu persoalan adakah rakyat Malaysia bersedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan diwujudkan semula? Kami yakin sebagian besar menjawab tidak.

Pelbagai faktor harus dilihat baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat biasa. SEkiranya PKP diteruskan kami yakin lebih ramai pekerja akan kehilangan kerja mereka dengan kini sudah menunjukkan bahawa majikan sukar untuk mengambil pekerja baru.

Seterusnya, bantuan kerajaan sudah pasti sukar untuk diberikan kerana kerajaan telah berbelanja besar sebelum ini dalam membantu rakyat Malaysia dari segi kewangan mereka.

Seterusnya sekiranya PKP dilaksanakan sudah pasti sektor Ekonomi Negara kembali merundum ini sangat bahaya sekiranya berterusan takut-takut kita juga akan mengalami nasib kewangan yang sama di Iran walaupun kita mempunyai sumber makanan sendiri tetapi sekiranya hutang negara terus meningkat ini sangat bahaya.

Jadi tanyalah diri kita sama ada kita mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan atau tidak. Sekiranya tidak mulakan dari saat ini untuk sentiasa patuhi SOP.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : RentasAsia

Harap Maaf