Bibir Bengkak Melebihi Angelina Jolie, Harris Anuar Syukur Dapat Rawatan Awal

PELAKON Harris Anuar tidak menyangka sngatan daripada seekor tebuan mampu membuatkan bibirnya membengkak dalam skala agak luar biasa.

Menurut Harris, penampilan bibirnya yang dikatakan seolah-olah seperti aktres Angelina Jolie itu bukanlah daripada penggunaan “filter” dan ia merupakan kejadian yang benar-benar berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Kejadian berlaku awal pagi tadi waktu nak mandi, bangun untuk solat Subuh semua.

“Saya nak cuci muka, air sejuk. Then ada seekor tebuan hinggap dekat tuala.

“Saya tak perasan pun jadi bila bilas muka, then bila tutup je dengan tuala, tebuan tu terperangkap antara muka.

“Lepas tu tebuan terus zapp ketip, sengat di bibir. Terus jadi macam ni.

“Ini bukan filter ye guys,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Ditanya mengenai kondisi kesihatannya sekarang, Harris berkata, dia terpaksa dimasukkan terus ke hspital.

“Doktor cakap kalau datang lambat tadi bahaya, takut tahap tiga. Now masih ok tahap dua, keadaan stabil cuma tekanan darah agak rendah.

“Bengkak pun Alhamdulillah dah surut dan stabil, cuma doktor kata kena monitor jantung.

“Doktor kata “annaphilatic shock” nama reaction tu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Sekadar info, kejutan “annaphilatic” adalah reaksi alergi yang jarang berlaku.

Kejadian “Annaphilatic shock” ini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.

sumber : Gempak

Harap Maaf