Bina rumah dengan kos RM6,100, lelaki habiskan sethn cari makanan free

SETAHUN lalu, Rob Greenfield tertanya-tanya sekiranya boleh hidup secara percuma pada abad ke-21, dan dia memutuskan untuk mencari jawapannya.

Pada 10 November 2018, beliau memutuskan untuk tidak menjadi pengguna, berhenti membeli makanan dan mula membina sebuah rumah.

Sebaliknya, dia mencari makanan, memakan ikan, tumbuh-tumbuhan dan memasak segala-galanya sendiri secara percuma.

“Apabila saya mahu melakukannya, saya tidak pasti sama ada ia boleh dilakukan, tetapi saya benar-benar mahu mengetahuinya,” kata Rob, 33, dari Florida, Amerika Syarikat (AS).

“Saya berdiri di sini hari ini, dan setahun kemudian, saya melakukannya.

“Bukan sahaja saya membuatnya, tetapi saya berasa lebih sihat dan lebih bahagia berbanding ketika saya baru memulakannya,” katanya.

 

Rob berbelanja sifat untuk makanan setahun dengan bercucuk tanam. Foto DANIELLE WERNER/CATERS NEWS

Langkah pertama adalah rumah berkenaan dengan membinanya dengan kos berjumlah £1,160 (RM6,187).

Di sekeliling rumah itu adalah kebun di mana Rob menjadikan halaman rumahnya kepada sebuah ladang mini buah-buahan dan sayur-sayuran bagi memastikan dia mempunyai bekalan asas.

“Saya sering bekerja 40 hingga 80 jam seminggu untuk menanam, menuai dan menyelenggara taman, mencari makanan, memasak, menjaga dan membersihkannya,” katanya.

Rancangan seterusnya, Rob berkata, dia akan cuba untuk meneruskan apa yang dipelajarinya, sekiranya tidak bergantung sepenuhnya pada carian makanan.

“Untuk tahun depan atau dua tahun berikutnya saya berhasrat untuk mengembara, bermaksud saya tidak akan mempunyai taman saya sendiri.

“Di mana sahaja saya pergi, saya berhasrat untuk memakannya sama ada ia adalah ‘rumpai’ yang boleh dimakan di hadapan halaman rumah orang atau pergi ke taman awam,” katanya. –

Sumber: Mirror

Harap Maaf