Bintang Spider-Man Ini Pernah GagaI Dapat Tawaran Berlakon Hanya Kerana DiKatakan “Kurang Handsome”

SEORANG pelakon yang popular dengan watak superhero Spider-Man menddahkan bahawa dirinya pernah dikategorikan sebagai “kurang hensem”.

Atas sebab itulah beliau pernah gagaI atau “di reject” oleh sebuah produksi perfileman bagi memegang watak penting dalam sebuah filem epik satu ketika dahulu.

Biar betul..? Macam susah nak percaya sebab semua pelakon watak Spider-Man iaitu Tobey Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland “kacak-kacak” semua, kan..?

Tapi, itulah hakikatnya seperti yang diddahkan oleh Andrew Garfield kepada Entertainment Tonight baru-baru ini.

Ketika beliau mula-mula menceburi bidang lakonan di Hollywood, Andrew pernah menduduki ujibakat untuk memegang watak sebagai Prince Caspian dalam filem francais Disney, Chronicles of Narnia.

Beliau begitu yakin akan ditawarkan watak itu tetapi akhirnya terkejut kerana di saat-saat akhir watak itu diberikan kepada orang lain.

Walaupun kecewa, beliau tetap akur dengan keputusan itu. Namun, beliau masih sempat juga menanyakan kepada ejennya apakah punca sebenar beliau tidak mendapat watak tersebut.

Setelah beberapa kali mendesak, Andrew akhirnya tergamam apabila diberitahu ejennya bahawa pihak produksi filem The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008) tersebut sebenarnya mendapati dirinya agak tidak cukup “hensem”.

Tidak patah semangat, Andrew bangkit dengan membintangi filem yang akhirnya membuatkan namanya mula dikenali iaitu Never Let Me Go (2010) bersama Keira Knightley dan Carey Mulligan.

Beliau kemudiannya memegang watak Eduardo Saverin iaitu sahabat baik yang dikh1anati Mark Zuckerberg ketika mencipta Facebook dalam filem yang berjaya menggondol 3 anugerah Oscar iaitu The Social Network (2010).

Nasib beliau berubah untuk selama-lamanya setelah menerima watak Spider-Man/Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man (2012).

Untuk rekod, setakat ini juga beliau merupakan satu-satunya “Spider-Man” yang pernah dicalonkan anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Mel Gibson iaitu Hacksaw Ridge (2016).

Kejayaannya tidak terhenti di situ kerana awal bulan ini pula, Andrew telah memenangi anugerah Golden Globe 2022 untuk lakonannya dalam filem Netflix iaitu Tick, Tickโ€ฆ BOOM..!

Pada majlis yang sama itu juga, pakcik yang agak tidak kurang “hensem” iaitu O Yeong-su yang memegang watak Player 001 dalam siri Squid Game menjadi pelakon pertama dari Korea Selatan yang memenangi anugerah Golden Globe.

Pelakon yang lebih “hensem” dan berjaya mendapat watak Prince Caspian satu ketika dahulu iaitu Ben Barnes pula sehingga kini agak kurang menyerlah berbanding Andrew.

Beliau hanya banyak mendapat watak untuk berlakon filem berbajet rendah dan siri TV seperti Westworld di HBO dan watak penjhat dalam Punisher serta Shadow and Bone di Netflix.

Kesimpulannya, jangan jadikan “kurang hensem” sebagai alasan untuk tidak dapat terus maju ke hadapan. Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah “labah-labah” macam Andrew Garfield ni, siapalah yang tahu.

sumber : Odisi

Harap Maaf