Cantik | Berketerampilan | Bijak – Wakil Malaysia DiNobatkan Sebagai Naib Juara Miss Global 2022

KEHADIRAN Sandra Lim Shue Hui di pertandingan Miss Global 2022 sejak awal lagi menjadi perhatian ramai. Bukan sekadar cantik, bahkan keterampilan yang ditonjolkannya memikat hati para peminat dunia ratu cantik.

Berketinggian 175cm, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini membawa nama Malaysia dengan baik dan dilihat bersiap sedia dari segala segi. Ini termasuklah dari gaya komunikasi, peragaan dan juga kecerdasan minda dalam menjawab soalan.

Ketika sidang media Miss Global 2022 dijalankan, dia telah menerima anugerah istimewa Media Choice Award yang dipilih para media tempatan Indonesia yang berada di lokasi.

Membuktikan kehebatannya pada malam finale, gadis berusia 21 tahun ini telah dinobatkan sebagai naib juara Miss Global 2022. Dari 74 peserta seluruh dunia yang menyertai dia berada pada kedudukan kedua secara keseluruhan.

Ketika berada di kedudukan top 13, dia telah menerima soalan tentang siapakah personaliti popular wanita yang disukainya.

Lantas dia menjawab, “Michelle Yeoh, dia juga merupakan seorang ahli sukan bela diri, Miss Malaysia dan dia menginspirasikan saya dari segala segi. Kerana juga dia percaya apa yang saya percaya. Saya percaya yang kita harus membawa tinggi kuasa wanita, versatiliti dan itu perkara yang saya percaya dan saya mahu semua wanita lihat perkara ini apabila mereka memandang saya sebagai Miss Global”.

Menjawab soalan tersebut dengan tenang, dia ternyata berjaya memenangi hati juri dan seterusnya berjaya melangkah masuk ke dalam kelompok lima peserta terbaik bersama wakil Filipina, Lithuania, Brazil dan Australia.

Ketika pusingan penentuan untuk memilih Miss Global yang baharu, setiap peserta diberikan petikan kata-kata hikmah tokoh wanita terkenal dunia. Sandra menerima huraian kata hikmah yang diutarakan Oprah Winfrey. Cabarannya, mereka perlu memberi huraian berdasarkan setiap potong ayat yang diberikan.

“Membesar sebagai seorang atlet saya harus menghadapi pelbagai stigma yang dilontarkan kepada wanita. Satu perkara yang saya belajar adalah keyakinan diri bukan datang dari kesempurnaan. Sebaliknya ia datang dari mengetahui yang tidak kira berapa banyak kali jatuh kita harus berdiri dengan lebih tinggi”.

“Ini adalah perkara yang saya mahu semua wanita tahu yang mereka memiliki kuasa untuk bangun kembali dan melawan segala halangan, kerana semakin cepat kita belajar darinya maka semakin cepat kita berkembang. Suatu hari apabila anda berada dit empat yang lebih baik anda boleh menjadi seorang wanita yang kuat dan cantik” ucapnya panjang lebar memberikan inspirasi.

Sandra ketika menjawab soalan.

Wakil Filipina,Shane Tormes telah dinobatkan sebagai Miss Global 2022 manakala wakil Australia, Brooke Rankin pula berada dikedudukan ketiga. Wakil Lithuania dan Brazil pula terpaksa berpuas hati berada di kedudukan keempat dan kelima.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di 𝗕erita 𝗛ıʙuʀᴀᴎ 𝗦emasa

sumber : Media Hiburan

Harap Maaf