Elly Mazlein hubungi bakal suami selepas digelar ‘used car’

PELAKON Elly Mazlein bersyukur bakal suaminya memahami gurauan berkaitan gelaran ‘used car’ yang dilabelkan oleh rakan pengacara Datuk AC Mizal ketika mengendalikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 22 September lalu. Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom memandang isu itu dari sudut positif dan tidak mahu acara tersebut gagal disebabkan perkara remeh … Read more

Tak pernah terfikir nak report polis – Black Hanifah nasihat Haneesya

PENYANYI Black Hanafiah menasihatkan pelakon baharu Haneesya Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap sering dijadikan bahan jenaka. Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 32, berkata, kekurangan dan keunikan yang dimiliki itu sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk terus berada dalam industri. “Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga … Read more

Elfira Loy dedah nama dan wajah anak sulungnya

PELAKON Elfira Loy mendedahkan wajah dan mengumumkan nama bayi yang baharu dilahirkannya pada Selasa iaitu Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan perasaan syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu secara normal dengan berat 3.68 kilogram. “Semalam tidur bagai dibuai mimpi… setiap minit dalam bilik bersalin, setiap … Read more

Penyanyi AF4 Shazroul meninggal selepas dua minggu bertarung nyawa

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus kira-kira pukul 6.20 petang, Rabu. Ibu kepada Shazroul, Noraini Elias yang mengesahkan berita sedih itu berkata, Allahyarham jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu iaitu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Noraini berkata, arwah … Read more

Produk saya bukan racun dan timbang kilo – Zarina Zainuddin

PELAKON Zarina Zainuddin mendedahkan dia didatangi seseorang tidak dikenali yang meminta bantuannya dalam menyelesaikan masalah kulit pada 9 Januari lalu. Zarina berkata, dia diperdaya individu berkenaan sehingga mengakibatkan kediamannya diserbu pihak Kementerian Kesihatan berkaitan produk-produk kosmetik miliknya yang belum didaftarkan. “Individu itu call saya dan tanya mengenai produk itu. Saya cakap, saya kena tengok dulu kulit dia baru boleh cadang apa … Read more

Akim sedih Stacy jadi mangsa cemuhan netizen

PENYANYI Akim Ahmad mengaku berasa sakit hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadap isterinya, Stacy gara-gara berpenampilan seksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 minggu lalu. Pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 28, berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dalam mendidik isterinya terutama dalam mendalami agama Islam. “Mula-mula saya agak sakit hati bila … Read more

Sufi pertahan Nurulain tinggal pelamin ketika ibunya ingin bersalaman

PENYANYI Sufi Rashid mempertahankan tindakan isterinya Nurulain Md Yusof yang meninggalkan pelamin sewaktu ibu Sufi iaitu Irma Suriana Mahamud datang bersalaman dengan anaknya itu. Menurut Sufi, isterinya tidak berniat untuk bersikap kurang ajar dengan ‘melarikan’ diri sebaliknya enggan mengeruhkan keadaan. “Saya ingin menegaskan tentang video yang sedang disebar tentang ibu dan isteri saya. Kedua-dua wanita … Read more

Elly Arifin Keguguran Akibat Pendarahan Dalaman

Pengacara, Elly Arifin berkongsi khabar duka apabila mengesahkan dirinya mengalami keguguran anak pertama yang baru berusia enam minggu akibat pendarahan dalaman. Berkongsi video selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital menerusi Instagram, isteri kepada penyampai radio dan hos, Jiggy ini dikejarkan ke hospital kira-kira jam 1.00 tengahari. “Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah semuanya berjalan … Read more

Tajul Ariff tiada niat sorok status perkahwinan

TEKA-TEKI mengenai status Tajul Ariff sudah berkahwin atau belum masih menjadi tanda tanya apabila penyanyi itu tetap dengan pendiriannya memilih untuk mengunci mulut. Pada Isnin, seorang pembaca mStar menghantar sekeping foto dan meminta penjelasan mengenai wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil. Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, berkata dia akan menjawab segala persoalan netizen … Read more

Dia ni bukan dah pakai tudung ke? – Jihan ulas isu tidak berhijab

PELAWAK dan pengacara Jihan Muse tampil menjelaskan pertanyaan segelintir netizen yang mempertikaikan penampilan tidak bertudung dalam sebuah iklan di laman sosial. Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkata, penggambaran iklan itu dijalankan tahun lalu ketika dia belum menutup aurat sepenuhnya. “Iklan myfreeview tu shoot masa mengandungkan Arsalan tiga bulan. Tengah mabuk teruk masa tu sampai baring dan muntah … Read more

Harap Maaf