CEO UberEats DiRakam Media Turun Padang Jadi “Rider” Selama 3 Jam

KETUA Pegawai Eksekutif UBER, Dara Khosrowshahi mengisi masa hujung minggunya dengan ‘turun padang’ menjadi ‘rider’ UberEats baru-baru ini.

Dia memaklumkan aktiviti berkenaan menerusi satu ciapan di laman Twitternya, selain turut berswafoto sambil memakai topi keledar basikal, berjaket dan memikul beg makanan UberEats.

Dalam masa sama, Khosrowshahi turut berkongsi pengalaman menarik sepanjang berbasikal selama beberapa ketika melakukan penghantaran tersebut.

“Saya meluangkan masa beberapa jam untuk menghantar pesanan UberEats. Pertama, San Fransissco sememangnya bandar yang cantik. Kedua, pekerja restoran sentiasa bagus buat kerja.

“Ketiga, kerja ini sangat sibuk! Pesanan masuk pada pukul 3.24 petang, pukul 3.30 saya dah kena hantar. Dan keempat, saya lapar, jadi ini masa untuk ‘order’ makanan segera,” katanya dalam ciapan tersebut.

Selain itu, Khosrowshahi turut berjaya menyelesaikan sebanyak 10 penghantaran pesanan hanya dalam tempoh tiga jam setengah sahaja di mana kadar upahnya bernilai RM410.50.

Untuk rekod, Khosrowshahi berjaya mencatat keuntungan UberEats bernilai hampir RM50 juta pada tahun lepas, merujuk laporan Business Insider.

Ini bermakna jika beliau bekerja sebagai ‘rider’ dan menghantar makanan setiap hari, kadar pendapatan yang akan diterimanya adalah RM137,000 per hari.

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf