Cikgu Raba Kemaluan Untuk Check Ada Pad Tak.. Gangguan Seksual Katanya

Pelbagai kisah di zaman sekolah yang menjadi memori kita sekarang. Namun tidak semuanya manis kerana ada juga yang pahit dan tidak rasional seperti pelajar wanita yang terpaksa menunjukkan tuala wanita demi membuktikan yang mereka benar-benar dalam haid!

Wanita ini berkongsi ilmu bahawa ianya adalah satu kesalahan gangguan seksual apabila pendidik meraba kemaluan tanpa izin. Jika tidak diraba sekalipun, perbuatan menunjukkan tuala wanita itu juga dianggap satu kesilapan.

Wanita ini mengimbas kembali pengalaman pelajar perempuan yang pernah diraba di sekolah. Masing-masing menyimpan kemarahan kepada guru-guru yang membuat ‘spot check’ ini.

Bagi mereka, jika ada pelajar yang menipu sekalipun, itu adalah antara soal mereka dengan Pencipta. Mengapa perlu cikgu pula yang campur tangan?

Rupa-rupanya bukan sahaja pelajar perempuan yang terkena, tetapi juga pelajar lelaki. Mereka diperiksa badan untuk mengetahui ada rokok atau pun tidak.

Manakala bagi pelajar-pelajar di era gajet pula, ada guru yang memeriksa badan pelajarnya bagi mencari telefon bimbit!

Persoalannya, wajarkah tindakan guru-guru ini? Adakah ia juga dikategorikan sebagai gangguan seksual? Anda ada pengalaman diraba?

Harap Maaf