Conor McGregor Bangga Di Iktiraf Atlet Terkaya Dunia

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor tidak menyangka dia akan mengungguli senarai atlet paling kaya di dunia.

Menerusi posting terbaharu di media sosial, dia meraikan pengumuman itu bersama keluarganya di Dubai

Pengumuman itu sekaligus menyaksikan dia menewaskan nama-nama besar lain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

“Terima kasih Forbes kerana mengakui peranan saya sebagai usahawan.

“Ia bagaikan mimpi untuk mengungguli senarai ini dengan altet berjaya yang lain,” ujarnya.

Biarpun menyertai satu perlawanan sahaja pada tahun lalu, dia meraih kekayaan sebanyak $150 juta (RM618 juta).

Sumber: Mirror

Harap Maaf