CPR Dari SuperMom Ini Jadi Penyelamat Anak Bongsu Daripada Lemas

BILA ada anak kecil, perlu ada rasa was-was dalam diri ibu bapa. Biarpun kita anggap anak dah boleh berdikari sendiri tetapi sikap berwaspada itu penting. Sama ada di rumah atau keluar ke mana-mana sekalipun.

Sesuatu perkara nak berlaku sekelip mata saja. Kadang tak terjangkau dek akal pun. Tahu-tahu anak jadi mngsanya. Seperti perkongsian seorang bapa, Abdul Rahim, yang nyaris kehiIangan anak bongsu berusia 2 tahun setengah kerana Iemas dalam kolam hampir 5 minit di perkarangan rumahnya.

Menurutnya kejdian ini langsung tak terlintas di fikirannya sama sekali. Namun pada hari kejdian, ia benar-benar memberi iktibar dan berharap perkongsian ini memberi manfaat pada semua ibu bapa.

Ini kronoIogi apa yang berIaku kepada keluarga Alita Raysha yang Iemas dan Allah masih bagi peluang kepada kami pada 17 November lalu, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain:

Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha Iemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.

Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat-cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR ke atas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.

Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehiIangan anak kami masa tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil-manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kcemasan HRPB.

Ketika di Jabatan Kcemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita disrang s4wan yang memberi isyarat mungkin ada g4ngguan pada otak ak1bat terptus oksigen seketika pada ins1den petang tadi.

Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rwatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.

Alhamdulillah, esok paginya, Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.

Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya waktu kejdian, kami mungkin kehiIangan anak kami selama-lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesaIan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.

Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima ke atas anak-anak sentiasa diperlukan.

Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kcemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.

Kami dah ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul-betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.

Saya kongsikan kisah yang berlaku pada Alita ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati-hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berIaku.

Hari ini (19 November), anak kami dah boleh discharge. Alhamdulillah. Semuanya selesai.

Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.

Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga. Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.

sumber : Pa&Ma

Harap Maaf