“Dah Tua Pun Tak Ada 0tak!” – Marah Betul Chef Wan Pada Lelaki Ini

Pada satu entri di Instagram miliknya, Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan berkongsi satu klip video yang dipercayai dari negara jiran.

Klip tersebut memaparkan seorang pemuda membuka botol air di bahagian jualan air di sebuah pasaraya.

Dengan seorang teman yang mengambil video, pemuda tersebut membuka botol air, meminum sedikit seolah-olah merasa air tersebut, kemudiannya menutup kembali dan meletakkan semula di rak air tersebut.

“Budak ni ingat apa yang dia buat tak merbahaya ke kepada orang lain?

“Dia sepatutnya dihukum untuk memberi pengajaran bahawa air liurnya mencemarkan minuman tersebut!” tulis Chef Wan dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Chef Wan, perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Dah tua pun tak ada otak!” tambah Chef Wan.

Tulisan Chef Wan turut dipersetujui oleh pelakon Hisyam Hamid yang berharap pemuda tersebut ditangkap dan dipnjarakan.

Terdapat juga komen yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Singapura.

“Memang kurang ajar budak ni. Dia ingat kelakar. Kejadian ni berlaku di Singapura.

“Kita semua di sini takut with this Wuhan virus spreading but yet he did this. Dia sepatutnya ditangkap. Viralkan,” komen withloveyanty.

Rata-rata yang meninggalkan komen berharap video tersebut menjadi viral dan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut di bawa ke muka pengadilan.

Sumber : Gempak

Harap Maaf