Dalam Hati Ada Taman – Geng Mat Rempit Kumpul Duit Bantu Golongan Terjejas PKP

Selama ini, mat rempit sering dipandang negatif kerana dikatakan sering membuat masalah di jalan raya. Namun, lain pula kisahnya di Kelantan.

Kumpulan mat rempit di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu Team Prihatin KB, Team Isabella96 dan Team Belia Cherang Cakna telah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli barang keperluan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang tempoh Periintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini dikongsi oleh salah seorang ahli kumpulan itu, Muhamad Ariffuddin Shukri yang mengatakan dia dan rakan-rakan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlepas pandang oleh pihak berwajib dan turut terjejas akibat PKP.

Mereka telah berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 tanpa bantuan pihak lain dan memperuntukkan RM50 bagi setiap keluarga. Barang keperluan yang mereka sumbangkan itu seperti beras, gula, minyak masak, susu, sardin, tepung dan roti.

Katanya, sehingga kini sebanyak 100 keluarga telah menerima bantuan daripada mereka.

Menurut Ariffuddin, aktiviti kebajikan ini turut disertai YB Bedul atau nama sebenarnya, Nik Mohd Samsul, 29, salah seorang pelakon dalam sebuah produksi arahan Syahmi Sazli (influencer).

Tidak semua mat rempit adalah orang jahat. Mat rempit juga cakna akan kesusahan orang lain.

Teringat dialog filem Adnan Sempit ” Muka je ganas, dalam hati ada taman”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Forum Cari

Harap Maaf