“Dia Adalah Tuhan Bagi Saya” – Pengikut Ayah Pin Masih Taksub?

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh Ustaz Ahmad Iqram Mohamad Noor di laman Facebooknya, didapati para pengikut Ayah Pin yang mengasas Kerajaan Langit suatu ketika dahulu masih taksub dengan lelaki itu.

Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan ajarannya yang diwartakan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM, telah meninggal dunia pada tahun 2016 akibat pelbagai penyakit.

Namun pengikut Ayah Pin yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dilihat masih percaya dengan ‘kesaktian’ Ayah Pin, sehingga masih ada yang menganggap warga emas itu sebagai tuhan.

Agama Baru Kerajaan Langit & Penganut Yang Masih Taksub Sampai Hari IniAgak mengejutkan apabila terkeluar dari mulut individu di akhir video ini, yang mana ucapan tersebut adalah terkini setelah kematian Ayah Pin:"Ayah Pin adalah Tuhan bagi saya"Konsep ajaran Ayah Pin hampir sama dengan pembentukkan agama-agama baru di abad ini. Saksikan.

Posted by Ahmad Iqram Mohamad Noor on Saturday, November 2, 2019

Video yang berdurasi 7 minit itu juga menyaksikan ritual yang dilakukan penganut Hindu, ketika memuja Ayah Pin sebagai tuhan sewaktu riwayatnya dahulu.

Markas ajaran Ayah Pin yang berpusat di Besut, Terengganu ini dikelilingi oleh pelbagai replika seperti teko (bernilai RM45 juta), tempayan, payung, bulan sabit dan lain-lain, yang merupakan simbolik kepada ajaran agama-agama yang ada di Malaysia.

Menurut kepercayaan Kerajaan Langit, Ayah Pin merupakan penjelmaan semula Nabi Isa (Jesus), Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad. Pengikutnya juga percaya bahawa Ayah Pin akan kembali sebagai Imam Mahdi dan dianggap sebagai Raja Langit, serta objek yang tertinggi pengabdian untuk semua agama. Ayah Pin dipercayai mengamalkan sihir untuk mendapatkan kepercayaan para pengikutnya.

Harap Maaf