Dikcam Kerana Jadi Punca KemaIangan Gara-Gara “Mengidam” Jeruk Mangga Tepi Jalan

WALAUPUN pihak berkuasa telah mengeluarkan am4ran terhadap penjaja jalanan yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM2,000.00 jika disbitkan kesaIahan, namun ada segelintir mereka yang masih meneruskan aktiviti perniagaan di kawasan persimpangan lampu isyarat seperti biasa.

Baru-baru ini tuIar satu video dashcam di mana seorang pemandu Proton Waja memberhentikan keretanya secara mengejut di tengah-tengah jalan raya kerana mahu membeli “buah jeruk” yang dijual oleh penjaja jalanan di kawasan berhampiran.

Perbuatan kereta Waja yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan dua buah kereta dibelakangnya telah mengalami kemaIangan ketika “menunggu” pemandu Waja tersebut menyelesaikan urusan jual-beli bersama penjaja jalanan terbabit.

Lebih membuatkan orang ramai lagi tidak berpuas hati apabila pemandu Waja tersebut meninggalkan tempat kejdian seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun “sudah terang lagi bersuluh” dia merupakan punca kepada kemaIangan yang berlaku itu.

Orang ramai meminta mngsa-mngsa keadaan menyerahkan rakaman dashcam tersebut kepada pihak berkuasa sebagai bukti mereka tidak bersalah dan mencari pemandu Waja yang menjadi “punca utama” dalam hal kejdian terbabit.

Netizen juga mahu penjaja jalanan dikenakan hkuman tegas kerana ini sudah banyak kali aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat telah menyebabkan pelbagai ins1den yang tidak diingini berlaku melibatkan pelbagai pihak pengguna jalan raya.

sumber : vocket

Harap Maaf