Dikongsi Lebih 33,000 Kali, Ramai Tidak Sabar Mahu Cuba “Cafe Marion”

SEBELUM ini, Cafe Marion yang terletak di Cherating menjadi perhatian ramai apabila kafe tersebut dikongsikan oleh page Rizal Hakimm Punyer di Facebook. Perkongsian itu telah dikongsi lebih 33,000 kali dan kini fungsi kongsi telah ditutup.

Untuk pengetahuan anda, kafe ini dimiliki sepasang suami isteri iaitu Doje dan Marion dan sebenarnya Marion ini sebenarnya seorang Muslim Perancis. Kafe Marion hadir dengan pelbagai seleksi pencuci mulut dan pastri asli Perancis.

Sebut sahaja Perancis, sudah semestinya anda terbayang pelbagai pencuci mulut dan pastri yang akan buat anda terliur. Melihat ke ruangan komen, ramai sudah tidak sabar mahu berkunjung ke kafe tersebut jika berkunjung ke Cherating kelak.

Malah, ada juga yang pernah berkunjung ke kafe itu dan mengatakan kesemua makanan di sana sedap dan akan datang lagi untuk nikmati pencuci mulut yang rasanya cukup ‘premium’.

Menerusi hantaran di Instagram, Cafe Marion telah meminta maaf terlebih dahulu jika tidak dapat menerima semua pesanan disebabkan menerima pelanggan yang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Café Marion (@cafe.marion)

Pihak Cafe Marion berharap semua pelanggannya dapat faham situasi apabila ada kek atau pastri yang habis dan berjanji akan meningkatkan lagi kuantiti dan perkhidmatan kafe terbabit serta memastikan kualiti sentiasa terjaga. Bukan itu sahaja, pihak Cafe Marion turut berterima kasih atas sokongan hebat yang diberikan para pelanggannya.

sumber : vocket

Harap Maaf