Ditahan Wad Akibat Darah Tinggi, Abby Isi Masa Video Call Dengan Anak2

Pelakon Abby Abadi mengejutkan ramai apabila dia ditahan di hospital akibat tekanan darah yang terlampau tinggi semalam. Malah, ketika ini bintang drama bersiri Gerak Khas itu sedang hamil enam bulan.

Kerana terlalu rindu akan anak-anak dan suami, Abby melakukan ‘video call’ bersama.

“Sayang Manja Mama. Payah nk video call dgn dorang.. tak diam! Hehe… Kak Baby gi sekolah, kak Dania panjng betul cuti jerebunya ye.. seronokkk cuti panjang ye

“Rinduuu la.. tp Mama mcm lama je kena duduk hospital ni.. Tinggi je bacaan darah ni walaupun dah makan ubat mcm2. Canerrr ni?

“Yg tak lalui situasi ni takkan pernah tahu.. betapa bahayanya ada darah tinggi waktu mengandung. Mcm2 risiko.

“Nak tulis pun takut huhu Ni kepala pun sakit tak berkesudahan… tp kuat ingatan pada anak2. Semoga semuanya ok2 saja ye,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata sebak melihat video yang dirakam Abby bersama suami dan anak-anaknya.

Abby sebelum ini berkongsi posting bersama anak-anaknya dan meluahkan rasa sedih apabila berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi.

Video : Instagram Abby Abadi

Kredit: Media Hiburan

Harap Maaf