Ditinggal Kekasih Kerana Gelap, Penggunaan “Gebu Glow” Gadis Ini Buat Netizen Seriau

SEBUT sahaja TikTok, mesti anda sudah terbayang pelbagai konten menarik dan tipulah jika anda tidak menghabiskan masa “scroll” isi di TikTok. Banyak trend yang dilakukan oleh pengguna TikTok untuk video mereka “fyp”.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @cikbettx telah menjadi bualan ramai. Video berdurasi 15 saat itu memaparkan dirinya yang ‘glowup’ selepas ditinggalkan kerana kulit gelap tuIar di media sosial.

Apa yang mencuri tumpuan, kulitnya kini cerah sehingga jelas kelihatan urat berwarna biru iaitu pembuluh darah di tangannya. Menerusi perkongsiannya itu, dia telah mengamalkan produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit cerah seperti itu.

Hal tersebut membuatkan ramai orang berasa terkejut dan risau akan kesihatan diri gadis tersebut. Mana tidaknya, makan vitamin C tambahan secara berlebihan tidak elok dan boleh memberikan pnyakit.

Bukan itu sahaja, para netizen juga menasihati gadis tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari. Video tersebut kini sudah meraih 300 ribu tanda suka dan gadis itu sudah “private” videonya itu selepas menerima banyak ‘nasihat’ daripada netizen.

sumber : vocket

Harap Maaf