Dkwaan Lelaki Ini Guna Cecair Tambahan Boleh Tingkatkan Prestasi Minyak Petrol Makan Diri

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, pastinya semua mahu berjimat berbelanja. Duit lebih yang ada disimpan untuk kegunaan masa-masa kecemasan yang tidak diduga.

Bagi mereka yang memiliki kenderaan tersendiri, tentulah mencari jalan efektif untuk menjimat minyak bukan..?

Anda pasti pernah mendengar pelbagai m1tos dan juga produk pasaran untuk menjimatkan minyak petrol. Walaupun sudah berkali-kali pakar mendedahkan muslihat yang hanya menguntungkan pengasas produk, namun ada juga yang masih terikut.

Baru-baru ini, tuIar sebuah rakaman seorang lelaki mendkwa sejenis cecair ini mampu menjimatkan minyak petrol serta menjaga prestasi enjin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @twtbikers, lelaki terbbit menitiskan cecair ke dalam muncung nozel sebelum dituang ke dalam tangki kereta.

Individu itu memilih untuk menggunakan petrol jenis RON 95 dengan menitiskan sejenis cecair bagi meningkatkan kualiti petrol yang setaraf dengan RON 97.

Dkwanya, langkah tersebut bagi penjimatan berganda di samping mengekalkan prestasi enjin.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mendapat kcaman orang ramai kerana dianggap telah melakukan vandaIisme di stesen minyak selain dkwaannya itu agak melampau.

“Tidak habis-habis modus operandi cara ini, penat sahaja jurutera-jurutera buat kajian, tetapi kamu perkecilkan sahaja dengan cecair itu.”

“Harap pihak syarikat petrol pam itu ambil t1ndakan dekat dia ini, kira vandaIisme dah ini. Naya dekat orang lain.”

Ada juga yang mendkwa berkemungkinan cecair yang digunakan individu tersebut adalah sejenis “additive” bahan pembakar, namun ini penerangan jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Permindahan Haba (fluid dynamics & heat transfer), Dr Aid Fawzal.

Daripada terikut membeli produk yang tidak pasti kesahihannya dan bukan dikeluarkan daripada syarikat minyak, lebih baik ikuti tip yang terbukti mampu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan.

sumber : vocket

Harap Maaf