“Drama Majlis Nikah” – Pengantin Menangis YouTuber Sanggup Datang Ke Majlis Perkahwinannya

BEGITULAH yang dialami seorang pengantin lelaki yang tak dapat menahan seb4k apabila dikejutkan dengan kehadiran tetamu istimewa sebelum berpelukan pada majlis perkahwinannya.

Siapa sangka tetamu yang membuat kejutan itu adalah YouTuber, Muhammad As-Shaffat Zura di majlis pernikahan seorang kenalan yang dianggapnya sebagai adik.

Bercerita kepada media, dia yang lebih mesra disapa Shaffat berkata, mereka berkenalan sejak setahun lalu menerusi laman sosial dan belum pernah berjumpa.

“Saya juga mengenali mak dan keluarganya juga menerusi laman sosial. Ibarat mak dan keluarga angkat saya, pengantin lelaki pun dah macam adik”.

“Pengantin lelaki dan keluarganya menjemput saya ke majlis pada Rabu lalu, tapi saya kata tak dapat datang sebab sibuk urusan sana sini dengan shooting (penggambaran) lagi. Saya kena berulang-alik antara Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur” katanya ketika dihubungi.

Shaffat (kiri) cuba menenangkan pengantin lelaki yang menangis.

Pemuda berusia 26 tahun itu kemudian membuat keputusan untuk hadir ke majlis pernikahan kenalannya itu apabila secara kebetulan mempunyai urusan sekitar Kuala Lumpur.

“Dia (pengantin) berkali-kali juga tanya sama ada saya boleh datang ke majlisnya. Dua hari sebelum majlis dia mesej lagi”.

“Kebetulan saya ada shooting di Semenyih. Bila saya tengok jarak lokasi, kurang dua jam je untuk ke majlis dia di Melaka” ujarnya yang kini menetap di Mergong, Kedah.

Kenalan Shaffat bernikah pada 25 Mei 2022.

Anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun tak memaklumkan mengenai kehadirannya kecuali ibu pengantin kerana mahu membuat kejutan.

Namun Shaffat yang sebelum ini dikenali ramai kerana memiliki kereta Ford Mustang hasil kejayaan perniagaannya nampaknya tak dapat menyembunyikan rahsia lebih lama.

Pengantin lelaki (berdiri, lima kanan) bersama teman-teman.

“Memang mata pengantin bertutup dengan kain. Tapi ramai tahu pasal saya dengan kereta Mustang. Bila sampai di majlis dengan kereta Mustang, ramai sebut-sebut nama saya”.

“Kebetulan siang tu saya ada buat video content untuk hasilkan bouquet biskut. Jadi, terfikir pula nak jadikan bouquet tu sebagai hadiah masa datang buat kejutan” katanya yang mempunyai 108,000 subscribers di laman YouTube dan lebih 480,000 pengikut di TikTok.

Shaffat dengan kereta Ford Mustang miliknya.

Pertama kali bersemuka dengan pengantin, Shaffat yang mengusahakan bisnes trading serta membintangi filem Petaka dan Hutang 2D tidak menjangkakan drama air mata berlaku.

“Kenapa saya datang ke majlis kahwin dia..? Sebab nampak kesungguhannya untuk menjemput saya, dan dia mahu belajar mengikuti kisah kejayaan saya dari bawah hingga naik. Dia pun masih muda dan saya beri semangat kepada dia untuk berjaya”.

“Tengok dia menangis buat saya pun seb4k. Saya mahu kehadiran saya menjadi kenangan terindah sempena hari istimewa dia. Semoga dia berbahagia dan menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan baik” katanya.

Sementara itu, pengantin lelaki, Muhammad Nicholas Yap, 20, ketika dihubungi sama sekali tak menyangka kehadiran “abang angkat” pada majlis pernikahannya.

Nicholas (kanan) terharu dengan kehadiran Shaffat ke majlis perkahwinannya.

“Saya sebenarnya bukan mudah menangis. Hati tisu jauh sekali. Saya menang1s pun sebab terharv sebab tak sangka abang Shaffat (panggilan Shaffat) akhirnya dapat datang”.

“Walaupun tak pernah berjumpa sebelum ini, dia banyak memberikan inspirasi kepada saya. Dia bagi tunjuk untuk masa depan, kerja keras dan sabar”.

“Dia bukan sahaja rajin, ambil berat dan prihatin, malah kelakar dan full of surprise. Terima kasih kerana hadir pada majlis perkahwinan saya” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda undang-undang jnyah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Cyberjaya itu.

Video kejutan yang dimuat naik Shaffat di TikTok meraih lebih lima juta tontonan dalam masa sehari.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa

sumber : mStar

Harap Maaf