Indonesia Berjaya Hasilkan Durian Tanpa Duri, Kini Dibiakkan Lebih Banyak

Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan bahawa mereka berjaya menghasilkan buah durian tanpa duri.

Menurut Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih Wilayah Barat Nusa Tenggara, beliau kini berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian tanpa duri ini sebagai satu khabar angin.

Tambah lagi, tanpa duri, durian ini lebih mudah dibuka dan juga mempunyai rasa yang sama, malah lebih manis berbanding durian biasa.

Pokok yang mula ditanam sekitar 2007 di Kampung Treggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah kawasan gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Sampel pokok durian tanpa duri ini juga telah diambil untuk dikaji dan juga dibiakkan.

Bagaimanapun, hanya dua peratus daripada biji benih pokok durian itu berbunga dan menghasilkan buah.

Penduduk disana memanggil buah durian tanpa biji ini sebagai durian gundul atau gundulan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Sinar Harian via Era

1 thought on “Indonesia Berjaya Hasilkan Durian Tanpa Duri, Kini Dibiakkan Lebih Banyak”

Comments are closed.

Harap Maaf