Elaun Pengerusi FELDA Naik Kepada RM480,000 DiTengah-Tengah Isu Subsidi Minyak DiMansuhkan DiPersoalkan Netizen

NETIZEN hari ini mempersoaIkan tndakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menaikkan elaun pengerusi FELDA ditengah-tengah isu kenaikan harga barang dan subsidi minyak masak tulen berbotol yang akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Melalui ciapan salah seorang pengguna Twitter dengan nama Fakta Bukan Auta, difahamkan bahawa satu mesyuarat akan diakan pada hari ini bagi membincangkan mengenai kenaikan elaun pengerusi Felda daripada RM300,000 kepada RM480,000.

Selain itu, kereta rasmi juga akan ditukar baharu dan ditambah pula dengan elaun kereta sebanyak RM18,000 sebulan.

“Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA. Apa agenda mesyuarat..?”

1. Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kepada RM480,000.

2. Kereta rasmi akan ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.

“Minyak masak kan dah takde subsidi” kata pengguna Twitter itu.

Sejak ciapan itu dibuat, ia telah mendapat lebih daripada 4,300 ciapan balas dan 100 komen daripada Netizen.

Kebanyakan komen mempersoaI tndakan Felda yang menaikkan elaun pengerusinya ditengah-tengah kenaikan harga barang serta subsidi minyak yang bakal dimansuhkan.

Sejak ciapan ini dibuat, FELDA belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Beberapa hari lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi minyak masak tulen berbotol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini dan subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

Alasan disebalik tindakan ini adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

“Sebenarnya program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara. Ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober”.

Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan hingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar, bagaimanapun segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan” katanya.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa

sumber : vocket

Harap Maaf