Elfira Loy SeIamat MeIahirkan Anak Kedua

PELAKON, Elfira Loy selamat meIahirkan bayi perempuan yang juga anak keduanya jam 6.27 petang, semalam.

Di Instagram, Elfira memuat naik gambar dia sedang memeluk erat bayi perempuan itu di samping suaminya, Faris Khairul Anuar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

“Saya ada banyak gambar yang menarik tapi ini yang paling saya suka. Subhanallah. Ayah adalah adiwira, menangis “mommy” tengok ayah sambut awak sendiri sementara “mommy” “push” (meneran) awak”.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu pengalaman hebat” tulisnya.

Hantaran Elfira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan sahabatnya di platform media sosial itu.

Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf