KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza setelah dua tahun kita beraya secara sederhana, berjauhan dari keluarga ak1bat pndmik cvd-19.
Dalam kemeriahan menyambut raya, pasti berIaku banyak perkara mencuit hati seperti yang dapat dilihat menerusi perkngsian di media sosial.
Posting video yang dikngsi Mohd Muzamir Mohd Ali, 38, memaparkan rakaman inCden lucu apabila sepupu-sepupunya tertinggaI ibu mereka di rumah tetamu.
Berkngsi cerita kepada media, Muzamir berkata adegan mencuit hati ini berIaku di rumah ibu saudaranya, yang terletak di Jalan Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor, di mana seluruh ahli keluarga berkumpul di situ untuk beraya.
“Kjdian ni jadi masa raya pertama hari tu. Kami sepupu sepapat semua memang dah set nak berkumpul kat rumah makcik kami ni. Memang dari tengah hari semua dah berkumpul dekat sana untuk beraya. Jadi masa tu memang ramailah orang yang ada”.
“Sebelum kjdian tu, sempatlah kami semua bergambar dulu, buat video TikTok ramai-ramai, sebab susah nak dapat kumpul ramai-ramai sebelum ni. Bila dah habis, makcik saya (ibu sepupu) ajak balik. Masa datang sini, dia datang dengan anak dia yang juga saIah seorang sepupu saya bernama Intan Baizura”.
“Anak-anak dia datang tiga kereta sebab jumlah cucu saja pun dah ada berbelas orang. Jadi selepas anak-anak dia dah bersalaman dengan yang lain, mereka pun gerak balik” ujar Muzamir.
Muzamir merupakan anak kedua daripada sembilan adik beradik.
Jelas lelaki yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank di kota raya ini, kesemua sepupunya masing-masing beranggapan bahawa ibu mereka telah menaiki saIah satu daripada tiga kenderaan.
Muzamir yang tinggal di Bidara Sari Saujana Perdana, Sungai Buloh, Selangor ini, berkata, selepas menyedari ibu saudaranya telah ditinggaIkan, seorang lagi saudaranya segera membuat panggilan berkali-kali kepada sepupunya yang selamba pulang meninggaIkan ibu mereka.
“Anak makcik yang bawa emaknya datang dah gerak paling awal sebab adik-beradik lain ada lagi dekat sini, dia ingatkan mereka yang lain akan tumpangkan emaknya balik nanti”.
“Sepupu yang bergerak pulang Iast naik kereta jenis Toyota Wish warna putih (dalam video) tu pun tak tahu ibu mereka tertinggaI. Itu yang semua menonong je balik”.
“Sebenarnya, masa tengah lambai-lambai nak balik tu, mak mereka tengah tapau makanan kat dapur. Jadi kami semua yang dekat luar rumah memang tak perasan emaknya belum naik mana-mana tiga kereta anak-anaknya. Bila maknya keluar je dari dapur, barulah kami yang masih tinggaI kat rumah tu perasan maknya ni tertinggaI” kata Muzamir.
Seluruh keluarga Muzamir yang pulang beraya di kampung mereka di Selangor.
Jelas Muzamir yang merupakan anak kedua daripada sembilan adik beradik ini, sepupunya yang sudah dalam perjalanan pulang ke Parit 11 Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor terpksa berpatah balik untuk mengambil ibunya.
Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, para warga maya turut berseloroh meninggalkan komen yang mencuit hati.
Muzamir bersama isterinya.
“Itulah mak. Suka sangat sambung sembang kan anak dah Iupa”.
“Selalu k3s tertinggaI anak. Ni mak tertinggaI”.
“Baru minta maaf dah kena minta maaf balik”.
“Satu kereta auto derh4ka. Mujur tak jadi batu” seloroh netizen di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, momen ini dianggap sebagai per1stiwa kelakar oleh semua ahli keluarga mereka dan ibu mereka juga tak berkecil hati dengan apa yang berIaku.
sumber : mStar