Fakta Menyatakan “Mangkuk Tandas Jauh Lebih Bersih Daripada Tangan Dan Berus Gigi”

JIKA anda ditanya antara tangan, berus gigi dan tempat duduk tandas yang manakah paling k0t0r, rata-rata daripada kita pasti memberikan jawapan mangkuk tandas bukan..?

Akan tetapi tahukah anda, sebenarnya tempat duduk tandas adalah jauh lebih bersih daripada tangan dan berus gigi..? Malah jauh lebih bersih daripada telefon pintar anda..!

Terkejut bukan..? Tetapi inilah hakikatnya. Ini bukan teori yang dibuat tanpa usul periksa tetapi ianya diberitahu sendiri oleh seorang ahli mikrobiologi dan penulis, Jason Tetro.

Jason memberitahu bahawa bkteria pada tempat duduk tandas selalunya kurang daripada 1,000 untuk setiap satu persegi. Ianya terlihat seperti banyak tetapi hakikatnya bktria pada sinki berjumlah ratusan ribu manakala bagi kasut pula boleh mencecah jutaan untuk setiap persegi..!

Secara keseluruhannya, tangan manusia mempunyai lebih daripada 1,000 bktria setiap persegi, jauh lebih tinggi daripada tempat duduk tandas. Ini kerana bktria yang didapati pada mangkuk tandas atau tempat duduk tandas adalah datangnya daripada manusia sendiri.

Manakala menurut pengkaji di Universiti Manchester mendapati jumlah bktria untuk sebatang berus gigi adalah lebih daripada 100 juta termasuklah daripada bkteria jenis E-coli (bkteria yang hidup di dalam usus dan boleh menyebabkan d1arrhea, montah atau kekejangan ser1us pada abdomen) dan staphyIococci (tak merbhaya tetapi boleh berjngk1t).

Semasa anda memberus gigi, jumlah bkteria yang boleh berpindah dari mulut ke berus gigi adalah sekitar 100 ke 200 spesis..! Bayangkan betapa fakta ini boleh meIoyakan anda.

Walau bagaimanapun, jangan takot. Ahli mikrobiologi, David Coil pernah memberitahu kuantiti bkteria tak memberikan r1siko kepada kesihatan, sebaliknya jenis bkteria yang terdapat di situ.

Jika ianya tetap mengganggu anda, ada beberapa cara untuk anda kurangkan jumlah bkteria, contohnya :

1. Simpan berus gigi dalam keadaan bertutup, namun bukan di dalam bekas kedap udara.

2. Pastikan ada ruang pengudaraan di dalam bilik air.

3. Ganti berus gigi setiap tiga atau empat bulan.

4. Basuh tangan dengan sabun selepas keluar dari tandas.

sumber : Odisi

Harap Maaf