Fazura kongsi foto puteri sulung, ramai puji wajah Fatima ‘mix’ Fattzura

SETELAH lebih dua bulan membuatkan peminat ternanti-nanti, akhirnya pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi wajah puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram kedua-dua selebriti tersebut sempena meraikan kedatangan tahun baharu 2021.

Dalam foto itu, Fatima yang didukung Fazura kelihatan comel menggayakan persalinan gaun berenda putih serta bertopi.

Fazura bersama puterinya, Nur Fatima Aisya.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam sayang, Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan tersebut.

Perkongsian yang ditunggu-tunggu itu ternyata menggembirakan peminat termasuk rakan artis yang memuji wajah comel Fatima.

“MasyaAllah… comel sangat! Semoga Fatima membesar dengan sihat, cerdas, kuat dan sempurna. Moga jadi anak solehah.

Perkongsian Fazura sebelum ini ketika awal kelahiran Fatima.

“Nak… wajahmu mix daddy and mommy. Terus bahagia kalian bertiga sampai ke syurga,” tulis beberapa netizen.

Fazura selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Sumber: mStar

Harap Maaf