Filem Mat Kilau GagaI Memenuhi Perjanjian Untuk MemperIihatkan Logo FINAS

KETUA Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim telah mengatakan kepada media yang Studio Kembara iaitu penerbit untuk filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah gagaI memenuhi perjanjian untuk memperlihatkan logo FINAS di dalam bahan bercetak yang berkait filem tersebut.

Untuk Berita Hiburan Terkini Viral Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik sini

Ini sekaligus telah meIanggar perjanjian sumbangan dana oleh FINAS di dalam filem tersebut yang dikatakan bernilai RM1.5 juta, selain itu FINAS juga menyediakan dana pemasaran bernilai RM300 ribu dan membenarkan penggunaan studio untuk kerja pasca produksi bernilai RM180 ribu.

Tambah beliau lagi, buat masa ini Studio Kembara gagaI untuk meminta maaf perkara tersebut dan sekadar menyatakan yang FINAS gagaI untuk memaklumkan mengenai hal kredit ini.

Prof Dr Md Nasir Ibrahim juga mengatakan yang FINAS telah mengarahkan peguam untuk menyemak isu ini.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan buat masa ini telah menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi, setelah mencatat kutipan melebihi RM39 juta selepas kurang 2 minggu ditayangkan.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Aksiz

Harap Maaf