Gabungan Vokal Hebat Di Pentas Berprestij ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜ “๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ ๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—ป” ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ

PENYANYI Ziana Zain sempat berseloroh dirinya tak boleh tidur malam kerana memikirkan perjalanan konsertnya, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

“Saya tak boleh tidur lena dalam seminggu ini memikirkan perjalanan konsert” katanya sambil menerima sorakan kira-kira 2,800 penonton.

Konsert yang berlangsung pada jam 9 malam itu bermula dengan persembahan duet pasangan adik-beradik popular itu menerusi lagu Sangkar Cinta dan Bila Resah yang dibawakan secara medley.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu menampilkan lagu-lagu hits Ziana dan Anuar yang diselangi dengan coleteh mencuit hati mengenai kisah perjalan seni masing-masing.

Antara lagu popular yang dipersembahkan Ziana adalah Puncak Kasih, Terlerai Kasih, Menadah Gerimis, Anggapanmu dan Madah Berhelah.

Sementara Anuar pula menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popularnya seperti Ketelusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini dan Keabadian Cinta.

Memberikan kelainan di dalam persembahan, penonton turut berpeluang menyaksikan mereka menyanyi secara duet menerusi lagu Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Di Akhir Garisan.

Malam penuh bersejarah itu turut menyaksikan gabungan kali pertama mereka dalam sebuah konsert di Kuala Lumpur.

“Akhirnya kita disatukan di Kuala Lumpur. Kali pertama konsert kami pada tahun 2010 di Singapura” kata Ziana.

Terharu dengan sokongan dan kehadiran peminat, Anuar bersyukur apabila mereka sanggup meluangkan masa menghadiri konsert pada malam ini.

“Anda boleh pergi ke mana-mana tapi anda pilih untuk berada di sini. Terima kasih kerana beri aura yang psitif”.

“Saya tak sangka masih lagi mendapat sokongan yang begitu kuat daripada anda semua” kata Anuar yang seb4k dengan respons yang diterima sehingga kini.

Pada konsert berkenaan, terdapat peminat yang gagaI menahan air mata sebaik melihat artis pujaan mereka membuat persembahan.

Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd itu menyaksikan kehadiran rakan-rakan selebriti yang memberikan sokongan.

Antaranya ialah Misha Omar, Dafi, Datuk A Aida, Scha Al Yahya, Shuib, Awal Ashaari, Datuk Ziela Jalil, Ernie Zakri, Syamel, Fara Fauzana, Noryn Aziz dan Rozita Che Wan.

Tidak ketinggaIan, konsert terbbit turut direstui dengan kehadiran ibu bapa selebriti itu iaitu Zin Abdullah dan Robiah Abdul serta anak-anak Ziana.

Pada penghujung konsert, Ziana dan Anuar mengumumkan berita gembira apabila bakal mengadakan konsert sama di Singapura pada 24 September depan.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Media Hiburan

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf